Sabtu, 12 November 2011

Wanita Haid Membaca Tafsir al-Quran

SOALAN"
Apakah hukum sekiranya seorang wanita yang sedang haid membaca tafsir al-Quran?  Bagaimanakah pula dengan orang yang sedang junub?

JAWAPAN:
Wanita yang sedang haid atau nifas DIBOLEHKAN membaca tafsir al-Quran.  Menurut para ulama, wanita haid atau nifas dibolehkan membaca tafsir ayat2 al-Quran cuma TIDAK DIBENARKAN MENYENTUH AL-QURAN.

Bagi orang yang sedang junub, HARAM bagi mereka untuk membaca ayat2 al-Quran.  Namun begitu, mereka dibolehkan untuk membaca kitab tafsir, hadith dan sebagainya.  Hal ini berdasarkan kepada hadith Rasulullah:

:"Sedangkan orang yang sedang junub, ia tidak boleh membaca walaupun satu ayat"

2 ulasan:

  1. salam,
    disini timbul keraguan dihati, sekiranya membaca ayat-ayat Al-Quran melalui tafsir Al-Quran, adakah dibolehkan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam wbt.
      Maaf... lmbat respons .
      Boleh membacanya hanya sekadar dlm hati dgn niat zikir.
      Wallahu'alam

      Padam