Khamis, 28 Jun 2012

Zina Yang Telah Menjadi Budaya

dan janganlah kamu menghampiri zina.  Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk
al israk : 32
Demikian Allah memberikan peringatan tapi berapa ramai yang mahu mengambil sebagai pengajaran?  Allah dah melarang dari berbuat2 perkara yang membawa kepada zina tapi masih juga nak duduk berdua2an, masih juga nak cari tempat orang tak ada untuk memadu kasih.  Nabi pernah bersabda, Maka janganlah seseorang lelaki berdua2an dengan seorang wanita tanpa mahramnya kerana yang ketiganya adalah syaitan.  Aku tak ceritakan hal di taman bunga tapi aku kesal sungguh dengan fenomena di sekolah.  Berapa ramai yang ditangkap di dalam kelas sedang bermaksiat hingga ada yang sudah melondehkan seluar.  Allah hu Akbar.. syukurlah selamat mereka dari berzina lantaran ada guru bertugas yang datang menyergah. Tahu apa hukuman dunia?  Hanya sekadar di gantung sekolah 3 hari.  Berbaloikah?  Adakah di situ akhirannya?  Pasti tidak kerana mereka akan terus mencari ruang dan peluang lain... demi melampiaskan nafsu yang menyesak!

Ada yang tidak punya rasa malu, hilang maruah diri sanggup mengambil gambar diri berbogel dan  hantarkan ke peti simpanan teman lelaki.  Aku menyaksikan dengan mata kepalaku sendiri bagaimana buruknya akhlak perempuan hari ini.  Aku sendiri tak pernah terfikir bagaimana teganya dia berbuat demikian!  Sebagai perempuan rasanya tak wajar sedemikian.  Allah hu Rabbi... kenapa perempuan hari ini semakin rosak!  Benarlah malu itu sebahagian dari iman.  Orang yang beriman tak kan berbuat sedemikan.  Jadi begitu hanyalah kerana sudah tidak ada lagi malu pada diri!  Aku yang melihat gambar2 itu berasa loya apatah lagi sungguh jijik dengan mesej2 berahi mereka.  Kasihan sungguh pada ayah yang menjasadkan mereka dan ibu yang melahirkan mereka.  Kasihan sungguh!

Kasihan sungguh budak2 sekolah hari ini, sekolah tempat mencari ilmu dijadikan sebagai tempat bermaksiat.  Stor dan tandas yang tak digunakan yang busuk dengan bau lipas, penuh dengan kotak2 dan puntung rokok dijadikan sebagai tempat berzina. Kenapa sampai begitu sekali lupa mereka kepada Allah?
Perempuan berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu sebat tiap2 seorang dari kedua-duanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu sekumpulan dari orang yang beriman.
Itulah sebenar2 hukuman yang wajar untuk mereka!  Allah sentiasa benar.. sentiasa!

Wahai penzina, zina itu ada padahnya.
Wahai muslimin, jauhilah zina kerana perlakuannya mendatangkan 6 keburukan, 3 di dunia dan 3 di akhirat.
Adapun 3 di dunia ialah HILANGNYA SERI DI WAJAH, MEMENDEKKAN UMUR DAN MENDATANGKAN KEFAKIRAN.
3 yang diperoleh di akhirat ialah KEMURKAAN ALLAH, HISAB YANG BURUK DAN AZAB NERAKA.
Itu pesanan yang Rasulullah titipkan..tidakkah ada rasa sedikitpun gerun di hati?

Wahai wanita...
apakah sebenarnya mahumu dari lelaki yang bukan suamimu.  Mengapa perlu ditagihkan kasih sayang kepada yang tidak halal untukmu.  Yakinkah kamu yang lelaki yang memenuhi segala keperluan nafsumu bakal menjadi suamimu?  Tidakkan kamu rasa murah menyerahkan kehormatanmu kepada yang tidak halal buatmu?  Tidak ada langsungkah rasa malu kepada Allah  yang memerhatikan setiap tingkahmu?
Lupa agaknya kamu...perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik itu adalah untuk perempuan yang baik. 

Kalau masih tidak mahu berubah, masih tak mahu mencari Allah, masih lagi mahu meneruskan maksiat kepada Allah, mati itu barangkali lebih untukmu...agar kamu tidak berterusan dalam melakukan dosa dan maksiat.  Semoga Allah menurunkan hidayahNya dan taufikNya.  Allah hu Rabbi... aku rasakan seperti mahu mati  melihat fenomena ini!


3 ulasan:

  1. salam...
    sebelum ni, sy dan suami telah bersalah dengan perbuatan terlanjur..bkn sekali dua..
    sekarang kami telah berkahwin dan bertaubat..adakah taubat kami diterima..kami takut dengan balasan ALLAH..adakah amalan kami diterima..adakah kami masih ALLAH syg.. sya sgt menyesal dengan perbuatan tersebut..kami takut kemurkaan ALLAH..

    BalasPadam
  2. bukankah saya dan anda punya Allah yg sama...
    Dia yang maha pemurah, maha pengasih,maha penyayang,maha pengampun n maha segalanya.

    usah syak..usah ragu..

    ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah zat yang Maha pengampun,suka mengampuni. Ampunilah dosaku (Imam Nawawi)

    BalasPadam