Khamis, 18 Oktober 2012

Beginikah RIndu....

cincin_jari_manis (1)Tatkala cincin tersarung ke jari
Ramai yang gembira di hati
AKu jua apatah lagi
Rasa seperti mahu menari-nari
Demikian mengharapkan sebuah hubungan
langsung ke syurgawi
tapi itulah perancangan makhluk
Yang tak pernah dapat mengatasi takdir Ilahi


Saat cincin terlucut dari jari....
banyak mata yang basah
sedang aku mengira aku benar...
Dia hanya tersandar lesu... pasrah menerima takdir..
Kelihatan air jernih di sudut matanya.. lalu disekanya perlahan...
Lembut dia berkata... "Sudah habis fikir?"
Aku sekadar mengangguk tanpa suara..
tanda nada...

Berpalinglah aku dari rindu
Berlarilah aku dari cinta
Kasih bersulam lama terlerai begitu saja
Hanya kerana kata dusta
Yang aku percaya

Kebahagiaan mengengsot pergi
Duka lara cuma yang bertandang
Meski seulas bibir ini sentiasa bersulam senyum
Hakikatnya dalam hati membara rindu
Tapi egoku mencantas  semuanya
Aku mencari cinta
Memburu kasih nan baru
Yang kononnya boleh menghambat rindu
Allah hu Rabbi
Yang aku jumpa hanya sepi
Yang aku temu hanya lara bertamu

Dia tak lagi aku temui
Hilang tanpa khabar
Malah aku sendiri tidak mencari
Kerana hati cuba membenci
Aku terus memburu waktu di lautan ilmu
Demi segulung ijazah
Demi ayah bonda tercinta
Kujumpa kawan mesra
Tapi tiada langsung rasa cinta
Hanya sekadar ketawa bergema
Kemudian pulang tanpa rasa

Demikian aku dikatakan bercinta
Tapi dia hanyalah kawan mesra
Laut Cina Selatan menjadi pemisah
Antara kami tak siapa pun sanggup
Meninggalkan keluarga,sanak saudara tetangga
Lalu berikrarlah kami
"Kita hanya kawan mesra
Tiada perlu ucapkan cinta
Kerana kita tak mungkin bersama
Lantaran kita berbeza rasa"

Ke mana jua kami gagal untuk tidak bersama
Di mana ada dia
Di situ aku beserta
Lalu jadilah kami pasangan mesra
Tanpa cinta
Tanpa rasa

Berlari dalam arus masa
Bersama rakan tertawa gembira
Dalam hati tetap lara
Meskipun aku punya teman mesra
Dengan sedaya upaya
Aku cuba padamkan semua kenangan
Aku nekad larikan pandangan
Aku tak mahu lagi terkenang-kenang
AKu tak mahu semuanya berulang
Tapi aku hanyalah hamba
Yang tak punya sikit kekuatan pun
Demi TUhan
Bayangan dia sering bertandang
Dosa apakah aku pada dia, Tuhan
Aku tak pernah mendapat jawapan

Melalui kehidupan tanpa teman
Saat usia menginsut perlahan-lahan
Membuatkan si ayah tidak tertahan
'Sampai bila anakku akan demikian'
Lalu jodohku dicarikan
Bermulalah episod baru dalam kehidupan
Aku menjadi isteri orang
Aku belajar membina kebahagiaan
Sungguh tidak mudah sebagaimana dikatakan
Berjuang dan terus berjuang
Demi membina sebuah perhubungan
Amat janggal rasanya
Tapi tetap aku lewati jua
Tanpa seorang pun tahu gejolak rasa
Yang nyata..
Aku kelihatan gembira
Aku tampak bahagia
Benarkah?
Demi Tuhan
Hanya Dia yang aku punya
DIa yang memiliki setiap apa yang kurasa

Allah hu Allah
Kenangan itu kembali
Tanda dia abadi
AKu semakin tidak mengerti
APakah ujiannya ini
Lahawlawala quwatailla billah hil'ali yil azeem
Ini saja mampu aku lafazka ya rabb
Berilah aku pertolongan
Hulurkanlah aku bantuan
Aku dalam kepayahan
Aku dalam ketenatan
Bawalah aku pergi ya Rabb
Ke dalam dakapanmu...
Saat ini aku sangat perlu
Sangat mendambakan-Mu






10 ulasan:

  1. adakah ini perjalanan hidup akak? :)

    BalasPadam
  2. sebahagian daripada perjalanan...
    hanya rintihan rasa ....
    sama ada waktu menghambat rindu atau
    rindu yang menghambat waktu...
    aku jua terkeliru!

    Hati terkenang pada seseorang yang dalam ujian kesakitan!

    BalasPadam
  3. luahan ini ibarat akak berada dlm kurungan yg sukar membebaskan diri...

    BalasPadam
  4. kurungan rasa sebagai manusia...adatlah begitu adanya.

    biar diri terkurung terpelihara...
    jangan diri terkurung kebebasan memperlawa...
    Allah hu rabbi... Hanya Dia memiliki hati dan rasa
    Hanya Dia tempat meminta
    Semoga Dia sentiasa beserta
    Bersama hati nan lara...
    ahakkkssss.....

    aduhai...

    BalasPadam
  5. kurungan rasa sbg manusia...Allahu Rabbi.ujian yg sedikit benar2 mampu mengugagat iman wlau sedikit.

    akak sjk muda lg telah dipelihara dan dilindungi Allah...bahkan sentiasa mdpt pertolongan dr-Nya...Allahu Samad.

    BalasPadam
  6. Didikan Allah pelbagai cara...
    Bergantung pd cara penerimaan kita
    Mshu mengerti atau buat2 xnmpk...

    BalasPadam
  7. yang awal yang akhir
    yang zahir yang bathin

    BalasPadam
  8. Makcik Miza, bila baca entry ni rasa sebak. Tiba2 teringat kat wan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wan yg sering d uji...

      Jenguk2 wan sbb wan nmpk semakin uzur...x segagah dulu
      :'(

      Padam