Selasa, 23 Oktober 2012

Inilah Aku, Dik


Jiwamu sudah pulih,kak?
Jawapan hanya 1 untukmu, dik
Jiwaku tak pernah lara
Meski aku kecewa
Jiwaku tak pernah mati
Meski nafasku seakan terhenti

Ibaratnya kau bagai burung,kak
terkurung dalam sangkar..
Aduhai...kasihan sungguh
Kenapa demikian ujian..
Dalam senyuman aku pamerkan
Mahu aku bicarakan padamu,dik
Biarlah terkurungnya burung terpelihara
Jangan terkurung kebebasan memperlawa
Zahirkanlah gembira
Kerana gembiramu itu sedekah
Mahu kau aku ingatkan,dik
Jangan kau pamerkan gundah
Kerana orang lain akan gelisah
Jangan kau undang padah
Membawa prasangka pada manusia

Tak susah untuk kau pamerkan rasa
Jika kehidupan penuh ikhlas
Hiduplah seolah-olah bahagia
Meski kau merana tiada rasa

Aduhai...hipokritnya kehidupan
Itulah yang kau keluhkan, dik?
Bukankah daripadanya ada pelajaran?
Kau belajar tentang kebahagiaan
Kau belajar tentang kesengsaraan
Biarlah hipokrit kita dalam kehidupan
demi orang lain
Agar tidak terkesan
Meski hati lara bertamu
Tunjukkan bahagia saat bertemu
Pasti keindahan akan bertandang
Kerana kau bisa mendatangkan kebahagiaan
pada mereka yang memandang

Bagaimana bisa kau lakukan, kak?
Aduhai adikku...
Kenapa tidak
Malah kau jua bisa
Apa sukarkah menzahirkan bahagia
meski hati sarat derita
Andai kau ikhlas membina kehidupan,dik
Semata-mata kerana ALlah jua
Kau akan reda segalanya
Kau akan pasrah
Kau akan berserah

Ingat adikku,
Jika semua kau lakukan kerana ALlah
untuk Allah bagi Allah
Andai pada 1 saat
I ketika
Hati tidak lagi tertahan
Jiwa tidak lagi tertanggung
Saat itu ALlah sendiri
yang akan membawamu pergi
Kebergantungan pada Allah tak pernah akan rugi,dik
Kerana Dia pasti sentiasa di sisi
Tak perlu kau banyak meminta jua
Dia pasti akan sentiasa memberi
Itupun.....
ANdai hubungan yang kau cipta
Dengan Dia yang Esa
Yang tunggal tiada sekutu
Penuh keikhlasan
Dia pasti
Tak pernah akan biarkan meski seminit
Kau terseksa
Kau merana
Kau kecewa......

Kau minta aku menjadi helang,dik?
Helang yang bebas di angkasa
Menguasai maya pada
Maafkan aku, dik
Kerana aku tak bisa
Aku tak mahu bebas
Kerana pabila aku bebas
Aku akan punya satu rasa
Memiliki...menguasai
Aku akan sombong
Mendabik dada
Andai demikian 
Allah hanya akan aku temukan
Saat aku terkurung
Kerana saat itu
Aku lebih pasrah
Lebih berserah
Lebih mengharap
Lebih menghamba
Semoga dengan demikian
Aku dimiliki
Bukan saja memiliki

Jangan pernah rasa kecewa
Jangan pernah rasa derita
Meski hanya itu yang kita punya
Tak pernah kita rasa secalit kebahagiaan
Melainkan hampa berterusan
Itu nafsu belaka. dik
Yang boleh membuatkan kita celaka
Bahagiakanlah hati dan jiwa
Dengan mengingat Dia yang esa
Demikian itu bisa menyingkir derita
Yang kau punya
Pasti terpancar pada wajahmu
Akan rasa bahagia itu
Meski alam tahu
Betapa luluhnya kehidupanmu
Milik Allah segalanya,dik
Untuk apa aku perlu gelisah?

Jernihkan hatimu
Akan sirnalah derita



3 ulasan:

  1. Gelisah yg bertandang mengundang gurindam
    Bahkan memadam kecerahan..

    Tiadalah yg lain hanya mahu dikau girang
    Walau hati pelbagai perasaan..

    Kegembiraan yg diberi
    Hanya lahir dari hati nan suci
    Keikhlasan yg dicari
    Hanya Allah yg Miliki.

    Lahirnya lara
    Mengundang sengsara
    Meski kuat melawannya
    Tetap jua bertapa…

    Liku-liku kehidupan
    Penuh dgn cubaan
    Tiada kata henti
    Hinggalah kita meninggal

    Tiada keluh kesah
    Yang aku dambakan
    Hanya seorang hamba
    Yang mengharapkan pertolongan

    Allahu Samad
    Hanya Dia
    Mafi qalbi ghairullah
    aku benar-benar terpana...




    BalasPadam
  2. aku hamba yang tak punya apa2
    semua gerak rasa miliknya jua
    Allah hu Rabbi
    Terimalah aku dalam keadaan Kau reda

    BalasPadam
  3. InsyaAllah...semoga sentiasa terpelihara sehingga bertemu dengan-Nya

    BalasPadam