Isnin, 12 November 2012

Melihat Laci Teringat Hati

See full size image
Semalam
aku dicuit dengan cerita
yang buatkan mindaku bersegera
melihat pada kebenaran kata
ingin kukongsi bersama
buat kita muhasabah diri
menjadikan diri kita berbahagia
disisi Allah jua

Benarlah alam itu petunjuk
kulihat ke dalam laci
di dalamnya penuh benda
sehingga sarat di dalamnya
itu laci pelbagai guna
sumbat apa mahunya
ha ha ha
Semalam
kumahu simpankan benda
kutarik tidak mahu dia
tersekat punyalah payah
kutarik dengan kuatnya
nah...sudah sarat rupanya
ha ha ha

Aku duduk seketika
merenung padanya
aduhaiii... penuh rupanya
dengan pelbagai benda
sehingga tak boleh lagi di isi
hendak mencari juga perlu terperinci


Aku mula menilik diri
kaitkan laci dengan hati
benarlah selama ini
kusaratkan hati ini
dengan pelbagai cerita
pelbagai suka
banyak derita
kusumbat apa jua
wah! sudah penuh rupanya...

Kalau laci tadi terpenuh benda
boleh jadi sarang lipas adanya
tikus juga agaknya
eeee... tak rela
ha ha ha
kotornya!

errmmm....
hati kita...
pasti kotor jua adanya
penuh ragam cerita
selama umur kita
hari-hari bawa lembaran baru
tanpa di delete lembaran semalam
yang penuh noda dan dosa
Sedang aku telah berusia 22 tahun
(gelinya....ha ha ha)
berkumpul semuanya
sarat di dalamnya
tak pernah bercuci
tak pernah dicuci
membusuk di dalamnya

Lantas
Pantaskah kau masukkan Allah
pada tempat membusuk berulat bernanah
aduhaiii...aduhaiii...teruk hang ni, Azmiza

Janganlah bertanya lagi
puncanya kita lemah
kita runsing
kita tak tenang
kita tak boleh bertanggungjawab
hati kita rupanya bersarang kekotoran
yang tak pernah kita cuci seusia kita
lantas kita memikul dosa
pada setiap langkahnya kita

Setiap hari lembaran baru kita buka
biarlah lembaran semalam menjadi sejarah
kita tutup dengan doa

bersama istighfar tak kira masa
semoga terhapus segala dosa
Usahlah lembaran semalam penuh noda
kita bawa dengan rela
kasihan pada hati kita
terus sakit dijenguk derita
sehingga tidak mampu untuk kita
menempatkan ALLAH di dalamnya


Jom....
kita lantunkan doa Nabi Ibrahim
pada permulaan hari kita
sebelum fajar menyingsing
dengan demikian untuk menjadi hamba bersyukur
telah aku catatkan sebelum ini
doa yang sebati dengan nabi Allah
bermula dengan
Wahai Allah...
hari ini adalah kejadian baru
buka kanlah padaku
untuk mentaatimu
dan seterusnya :)

Semoga kita mampu cuci hati kita menjadi suci
bersinar kemilau ...
sehingga mampu menempatkan Dia
hanya Dia
cuma Dia..
tiada selain dari Nya...

********
wahai sahabat,guru dan mursyidku...
doakan aku
pada penghujung munajatmu..
uhibbuka fillah...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan