Khamis, 1 November 2012

Tetamu Istimewa

Semakin mencari kedekatan dengan Allah...semakin diri diusik,dicuit...  Allah hu Akbar... semakin mencari reda..semakin banyak masalah menghimpit.  Hebat sungguh cara Allah mendidik...sehingga kadang-kadang fikiran ini menjadi sempit..tak boleh berfikir!
Bila masalah menghimpit, rasa seperti diri terbuang...lupa selama ini yang dibanggakan bahawa Allah tu amat sayang.. aduhai hati...kenapalah harus walang..
Bila istiqamah beramal..boleh membuat macam-macam kebaikan..terasa bahawa Allah itu sangat dekat lagi sayang...tapi bila datang macam-macam wayang.. Allah hu Rabbi... tak de hati pun dalam sembahyang.  Setakat menggerakkan lidah dan tubuh... ntah macammana la kamu ni....
Hari ini hati diusik pilu.. setelah lama tiada sendu.. hentakan ini sungguh keras bagi aku ... terasa tak mampu menanggung malu pada Penciptaku..  Aku mencari-cari diri...kenapa aku diuji... apa silap aku sampai begini.. 1 jari yang kupunya tak mahu aku tuding pada sesiapa kerana aku tak mahu lagi yang 4 lebihan menerpa.  Aku cari silap aku, cari di mana lalai aku sehingga air mata bertamu tetap jua punca tak aku temu...Aku harus berpaut kuat dengan Allah...tak putus lafaz la hawlawala quwatailla billah hil'ali yil'azeem.. itu penguat..itu pembakar.. enak sungguh bila diuji... lafaz seiring dengan air mata.. semakin kuat hentakan pada hati...semakin laju air mata mengalir... bukan senang nak menangis berterusan.. ermmm...hikmah..hikmah.. Alhamdulillah
Dalam kekalutan aqal mencari
Maha suci Allah, menghantar dia tetamu istimewa..
"kenapa awak hitamkan hati awak dengan kelalaian?"
"Hati hitam bukan setakat masalah hati, hati juga boleh hitam
kalau tak buat apa yang patut dibuat.
Syaitan dok suntik belalai selalu nanti"
Dalam kutuk dia memujuk...dalam ketawa dia mengena...dalam usikan dia mendidik...
Hari ini aku sedar...betapa mudahnya aku merajuk dengan keadaan
betapa mudah aku terlena dalam alpa
"Awak dah hidupkan hati, dah gerakkan roh
tapi lalai.... tidorq roh awak....
kena pulak tak bagi makanan roh..."
Hari ini aku dikejutkan dari lena yang panjang... terima kasih Allah menghantar dia tetamu istimewa..
Masalah telah terketepi...kerinduan pula menerpa...pada Allah kuserahkan segala...
Aku mahu menjadi seperti asiyah ...
segalanya diserahkan kepada Allah 100%
sebab dia tahu dia hambaNya
lemah, tiada daya
tiada upaya
tiada kuasa....
Aku merasakan keindahan bersahabat kerana Allah.....
"kalau saya...sy akan mohon Allah selesaikan masalah saya sebab Allah yang cipta masalah tu...saya tak berdaya langsung, hanya Allah tempat bersandar"
Alhamdulillah...ada orang mahu mengejutkan saat terlena,
mahu mengingatkan saat terleka
mahu memukul tika tersalah
mahu memujuk lantaran kecewa...
itulah nikmat yang Allah beri pada saya
hamba yang kerdil tiada upaya
rahmat jua yang aku pinta
untukku, dia dan kita semua
~uhibbuka fillah~

11 ulasan:

  1. awak....
    ada tikanya meski badai mlanda...sy tetap kuat meredah
    sy xpeduli bencana krn sy hanya melihat Allah yg esa...

    tp bila sy dihentak spt mlm td...
    sy hilang diri krn sy bimbang hilang reda Ilahi

    sy pasti berserah dgn perasaan malu
    perasaan bertuhan
    perasaan hamba

    BalasPadam
  2. Aku..
    Aku lelaki hebat,
    Aku lelaki kuat,
    Aku lelaki pintar,
    Aku lelaki yg bisa merubah segalanya.

    Namun..
    Dia rupa-rupanya,
    Dia menzahirkan KehebatanNya melalui aku,
    Dia menzahirkan KekuatanNya menerusi aku,
    Dia menzahirkan KepintaranNya menembusi aku,
    Dia menzahirkan perubahan itu disusuri aku.

    Aku terkesima.
    Rupanya aku ini lelaki lekeh
    Rupanya aku ini lelaki lemah
    Rupanya aku ini lelaki yg bodoh
    Rupanya aku ini lelaki yg tak bisa melakukan apa pun.

    Hanya Dia semata mata..
    Hanya Dia yg Berkuasa.
    Maha Segalanya.....

    Jadi...
    Siapakah aku?
    Aku bukan Dia..
    Dia bukan aku..
    Tetapi Aku adalah Dia..
    Dan Dia adalah Aku.

    Umpama cahaya lampu menyuluh ke langit,
    Di waktu suria memancar dengan gagahnya.
    Cahaya lampu tetap ada,
    Namun kegagahan cahaya suria bagai menyatu.
    Ia tidak bersatu...
    Cuma tenggelam ia kedalam ia.

    Begitu juga aku.
    Tidak bersatu bersama Dia
    Walhal jika bersatu, umpama Nasaro
    Dia adalah Dia
    Aku adalah aku

    Aku telah berhenti memandang ke langit
    Aku telah berhenti melihat ke bumi
    Aku telah berhenti untuk menyelesaikan masalah di langit dan bumi
    Jadilah aku pencita yg hanya mendongak untuk dicintai
    Dengan senyum...
    Aku mula menyerahkan segalanya pada Dia
    Biar Dia menghentikan semua yg dimulai Nya

    Bila ada Dia...
    Tiada lagi dia,
    Kerna yg ada hanyalah Dia.

    Jika itu...aku seorang lelaki
    Bagaimana pula diri mu....seorang wanita?

    Bak sini seringgit dua kupang...!
    Haha...!

    BalasPadam
  3. erkkkkk....seringgit 2 kupang... hahahaha.....

    BalasPadam
  4. aku
    hanyalah wanita lemah
    kerdil tiada upaya
    sering diusik diduga
    rupanya untuk bermesra
    menyedarkan aku tentang adanya Dia
    beserta tiap masa tiap ketika

    aku dicuit ak kira masa
    untuk d gerakkan minda deria rasa
    menukmati rasanya hadirnya Dia
    tapi akulah hamba tiada upaya
    sering lelah tiada terdaya

    engkaukah lelaki itu
    yang Allah pinjamkan kenikmatan
    kehampiran pada kesempurnaan
    engkaukah lelaki itu
    yang indah bahasanya
    penuh lenggok kelembutan
    engkaukah lelaki itu
    yang hadirnya membawa kebahagiaan..

    nah SIVA.... hamik!
    hahaha....

    BalasPadam
  5. Ingin ku laungkan Dia,
    Ingin ku jeritkan Aku,
    Ingin ku gemakan nama Nya,
    Cuma yg terpacul di bibirku agak aneh..
    Sukar dimengertikan makhluk.
    Hanya aku yg mengerti...

    Apa yg Ku dengar,
    Adalah apa yg ku dengar,
    Apa yg Ku sebut,
    Adalah apa yg ku sebut,
    Hanya Aku dan aku,
    Hanya aku dan Aku,

    HaHaHa...
    HeHeHe..
    HuHuHu...
    HiHiHi....
    Terpinga pinga dia mendengarkanya...
    Apakah aku sering tertawa...?

    Namun bagi Nya ia satu seruan...
    Bibir ku memanggil Dia
    Hati ku memanggil Aku
    Dia Dia Dia
    Dia Dia Dia

    Ha, Hu, He, Hi, Huwa..
    Dia, Dia, Dia, Dia....
    Aku bukan ketawa
    Kerna dunia bagi ku bukan tempat untuk berseloka
    Cuma kau dan aku tidak ditaqdirkan bersama...huhuhu


    ......aku, ah leong, robert dan siva mempunyai Tuhan yg sama.

    BalasPadam
  6. Siapakah dikau wahai sahabat?

    Apakah dikau seorang pujangga yg berhenti memuja bila yg diPuja tidak memberi?

    Atau..
    Apakah dikau seorang penyair yg mensyairkan syukur kpd Nya bila diberi dan megadu pula kpd Nya bila dicuba?

    Atau..
    Apakah dikau seorang yg pasrah lalu berserah kpd Dia dgn penuh rasa kasih sayang, tanpa curiga dan tidak lansung berbekas dihati walau dihidangkan akan Dia kpd mu akan kelazatan atau kepahitan?

    Aku ingin mengenali jiwa mu. Aku ingin menyentuh roh mu. Aku ingin menyelami qalbu mu...agar aku bisa mengerti keadaan ku yg serba faqir. Aku tunduk kepada kehendakNya...yg mahu aku berterusan menjadi lilin mu. Kerna aku hanyalah hambaNya dan asbab bg kekasihNya seperti kamu.

    Aku pasrah.......

    BalasPadam
  7. Aku hanyalah aku
    yang serba faqir
    tiada punya apa meskipun rasa
    diberi aku bersyukur
    ditolak aku bersabar
    diuji aku berserah
    diduga aku pasrah
    Cuma ada saatnya
    aku menjadi lelah
    lemah tak terdaya
    tatkala diri dihimpit duri dosa
    lalu jadilah aku
    hamba yang tidak merdeka jiwa

    Aku cumalah aku
    yang sering tersungkur bersama cinta
    terdampar bersama air mata
    tatkala mencari Dia

    Kualirkan urat darahku dengan puji dan puja
    demi meraih nikmat bersama Dia
    tapi ternyata
    Dalam cinta aku derita
    dalam senyum aku berduka
    pabila kurasakan tubuhku beselimut dosa
    Lebih bergetar tubuh kurasakan
    saat melihat aku menaikkan dosaku
    Allah menurunkan rahmatnya jua
    persis apakah kejadianku...?

    Aku hanyalah hamba
    menjerit memanggil melaungkan Dia
    berikanlah aku cinta
    aku mahu tenggelam dalam hadrat
    saat aku mengakui kebesaranNya
    tapi....

    Saat ini
    yang aku rasakan
    hanya penderitaan yang hebat dipundakku
    Harus aku hadapi dengan sabar
    bersama sebahagian syukur
    Dibenakku hanya 1
    Redakah Dia akan aku

    Marilah ke mari
    belai jiwaku
    ulit rohku
    usap qalbuku
    terangilah jalanku
    suluhlah langkahku
    Ambillah amanah itu
    semampumu
    jangan kau menghilang
    jangan biarkan aku berhati walang
    kau aku perlu
    untuk pimpin tanganku
    menuju pada yang SATU

    Aku hanya mampu berserah.....

    BalasPadam
  8. Ku melihat ungkapanmu tentang nafsu
    Nafsu yg disangkakan nakal, sebetulnya jua makluk Allah..
    Siapalah kita untuk mendidik nafsu,
    Sedang nafsu itu makanannya dunia.
    Makanan yg berbentuk bathin dunia,
    Bukan jasad dunia,
    Nafsu adalah makhluk untuk dididik
    Bukan didik melalui akal,
    Bukan diatur melalui bacaan kitab,
    Ia dididik melalui hati

    Hati perlu disucikan dulu,
    Hati perlu dibersihkan dulu,
    Laluan mujahadah yg hanya bisa didapati melalui Mursyid mu,
    Amalan zahir melalui syariat,
    Amalan bathin melaui tarekat,
    Amalan batin melalui hakikat
    Amalan bathin melalui makrifat,
    Amalan bathin melalui ilmu yg dititip dr guru yg Mursyid

    Bila hati telah disucikan,
    Barulah hati dapat disemai
    Hati disemai dgn kemanisan iman
    Hati disemai dgn jalalah
    Hati disemai dgn kecintaan

    Bila hati telah bercambah
    Barulah nafsu dinaikan martabatnya
    Barulah nafsu meniti hingga ke Kamaliah.
    Barulah nafsu bisa didik
    Nafsu didik oleh Allah
    Bukan didik oleh hamba

    Berkata tentang hamba
    Aku hanya hamba yg kerdil
    Yg tak tahu apa apa
    Cuma saling berutusan
    Kadih Allah dari Allah kepada Allah
    Hanya Allah semata mata

    Maafkan atas kelancangan mulutku
    Bertutur mengenai nafsu walau aku tidak diundang
    Hanya satu niat suci ku..
    Agar dikau tidak berpegang kepada buku

    Aku tidak tahu
    Aku tidak tahu
    Yg ku tahu hanyalah satu..
    Iaitu..
    Sungguh aku tidak tahu...
    Maafkan diri ini.

    -Faqir AlHaqir......

    BalasPadam
  9. terima kasih untukmu
    sahabat yang diutus
    memenuhkan ruang hidupku
    memenuhi kekosongan hatiku
    mengisi ruang kebodohanku
    menghantar keluar kejahilanku

    Aku hanya hamba yang dungu
    berkata sekadar yang kutahu
    berbicara sekadar aku diberitahu
    kawanku buku
    rakanku buku
    temanku buku
    bersamaku buku

    Aku mendidik hati
    sekadar aku dimaklumkan guru
    yang aku temu
    yang mendidik sekadar untuk tahu

    Pasti akan datang untukku
    seorang mursyid yang dipercaya
    untuk membimbing jalanku
    bagi bertemu Dia
    pasti ada kesempatan untukku
    belajar dan belajar mendapatkan Dia

    kucuba didik hatiku
    dengan menguruskan nafsuku
    bersamamu untuk itu
    aku menanti kehadiranmu
    tanpa sedikitpun jemu

    *datang untukku
    kerana aku menunggu

    BalasPadam
  10. Buku maksudku, bukanlah kitab
    Buku maksudku, bukanlah risalah,
    Buku maksudku, bukanlah yg terdapat di kutub kanah,
    Buku maksudku, bukanlah yg dibeli di toko toko,

    Aku sering disalah ertikan,
    Bukan salahmu,
    Cuma aku yg berbicara melalui Dia,
    Berbahasa aku dgn bahasa Dia,
    Yg kadang kala tidak ku mengertikan jua,
    Cuma satu yg ku padu,
    Menurut tanpa persyarikatan..
    Kerna itu buat dirimu,
    Disuruh aku mencuit, aku mencuit..
    Disuruh aku tertawa, aku tertawa,
    Disuruh aku diam, aku diam.
    Siapalah aku untuk persoal,
    Sedang aku hambaNya jua.

    Buat diri mu,
    Ingin ku menyapa,
    Teruskan langkahmu, demi Dia.
    Yg mendatang mahu menerpa,
    Makhluk jua semata mata,
    Jgn kau bimbang, jangan kau gusar,
    Kerna semestinya ujian Dia,
    Kepada kekasih sejak berzaman,
    Jadikan dirimu laksana Rabiatul,
    Tolak derita tolak bahagia,
    Yg ada hanya sebuah senyuman,
    Yg manis menawan seantero dunia,
    KepadaNya jua tempat memandang,
    Taat makhluk kepada SiGusti,

    Ta...butang baju melayu abang mana Ta...?
    Hanya ungkapan kepada si Dia,
    Jiwa melara, rindu padaNya,
    Menunggu saat untuk ku berbuka,
    Pada puasa sepanjang usia,

    .....senyumlah wahai sahabat,
    Walau pun engkau tiada bersama,
    Di Syurga jua pasti berdua,
    Bersama si Dia..pujaan bersama.

    BalasPadam
  11. dan aku d sini
    akan setia menunggu
    tanpa jemu
    tiada resah
    tak ada duka
    meski aku melarat jiwa....

    hanya mengharapkn satu
    aku terus d intai Dia
    dilihat kamu
    selamanya.....

    BalasPadam