Selasa, 25 Disember 2012

Sombong Sungguh Kamu!

Sampai kepada ayat Katakanlah (Muhammad), "bersenang2lah kamu kerana sesungguhnya tempat kembalimu ke neraka" - 14:30

Serta merta terimbau kenangan lalu... suatu saat aku dikunjungi oleh seorang hamba Allah...
"Ustazah, saya ni tak sembahyang, tak posa tapi perniagaan ayam goreng saya kat pasar malam tak pernah tak laku.  Saya ada beberapa buah kereta, saya ada 2 buah rumah setakat ni, duit simpanan banyak juga!" (Jangan salah sangka, aku ni hanya cikgu tapi kerana pakaian aku, aku dipanggil ustazah)
"Maaf encik, saya ni bukan ustazah...tapi kenapa nak marah2 ni?" Berderau darah aku orang datang marah2 ni... tak tau apa sebab apa punca.
"Isteri saya datang sini,kan? Mengadu macam2 pasal saya,kan?"
Baru teringat.... 2 hari lepas ada isteri dia datang mengadu tentang keadaan rumahtangga yang sungguh tak tenteram dan aku yang direzekikan Allah 2 telinga ni...dengar sajalah apa yang diluahkan....

Aku terangkan satu2 kenapa dan mengapa isteri dia datang dan pelan2 aku cakap pada dia tentang kebesaran Allah n bila2 masa saja Allah tarik semua rezeki yang Dia beri kalau kita tak tahu bersyukur.  Tapi sebenarnya memang payah bercakap dengan orang yang telah terkunci hatinya ni....Dan Allah mengunci hati mereka sehingga mereka tidak mengetahui (akibat perbuatan) mereka - 9:93.

Aku sedar, cakap apapun dia akan tetap dengan melihat harta benda yang banyak walaupun dia tak melakukan taat kepada Allah Dan hati mereka telah tertutup sehingga mereka tidak memahami (kebahagiaan beriman dan berjihad) - 9:87

Penyudahnya aku hanya mampu katakan....kalaulah dengan harta itu buat encik rasa bahagia sehingga tak perlu bersyukur pada yang memberikan harta tersebut, encik teruskanlah dengan pendirian encik dan bersedialah untuk kehilangan anak dan isteri.  Nanti encik akan lihat, harta yang encik miliki lebih hebat atau yang menganugerahkan harta itu lebih kuat!"  Aku hanya tersenyum dan meminta diri untuk berlalu masuk ke dalam rumah. 
"Orang yang sembahyang pun tak hidup senang la,ustazah. Macam2 ujian juga diaorang dapat, sudahlah hidup susah!"

Biarkanlah mereka (di dunia ini) makan dan bersenang-senang dan dilalaikan oleh angan-angan (kosong) mereka, kelak mereka akan mengetahui (akibat perbuatannya) - 15:3

Aku berpaling dan merenung jauh ke dalam matanya:
"Orang beriman tidak pernah merasakan hidup susah kerana mereka sentiasa gembira dengan merasakan kehadiran Allah.  Encik diuji dengan anak isteri, encik hidup tak pernah tenang, encik sering naik angin tak kira masa, encik tak dapat tido malam dengan nyenyak, encik selalu rasa diri tak sihat, selalu rasa diri dikhianat orang... tidakkan itu penderitaan encik yang encik tak mampu nak lahirkan kerana sombongnya encik pada Allah? Saya tak berhak nak nasihat encik sebab diri saya pun tak ternasihat, encik banyak duit dan harta sedang saya hidup sederhana tiada harta.  Encik balik, encik lihatlah apa harta encik boleh buat untuk encik dan encik bahagia tak dengan segala harta yang encik miliki hari ni! Masa encik terlantar sakit beberapa bulan hari tu, apa harta encik boleh buat?  Masa tu baru encik sebut Allah hu Akbar,kan? Fikirkan eh....Saya minta maaf ye kalau saya berkasar dan tak dapat jemput encik masuk ke rumah.  Assalamualaikum"

Membulat matanya merenung aku dan aku hanya mampu mendoakan dia agar terima taufik dan hidayah Allah.

Entahlah eh... berhadapan dengan situasi begini dapat menginsafkan diri...betapa bongkaknya seorang hamba...Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang sombong - 16:23 semoga tidaklah termasuk kita dalam kategori mereka yang sombong yang dibenci Allah.
Bagi mereka yang melihat harta itu segalanya...terserahlah.  Tak perlulah kita cemburu pada kekayaan yang dimiliki oleh orang2 kafir dan mereka yang tidak beriman
Makan dan bersenang2lah kamu (di dunia) sebentar, sesungguhnya kamu orang2 durhaka - 77:49


2 ulasan:

  1. Af'al Dia. Cool sis !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy cuma sedih krn harta kita jd buta.
      Kasihan sungguh klu tutup mata dlm kesdaan tiada hidayah

      Padam