Jumaat, 8 Februari 2013

Aku dengan Tuhanku.....

Semakin lama hidup, semakin kelihatan banyak keanehan hehehhe.... Allah hu Rabbi..
Terutama bab amalan buat aku rasa nak gelak tergolek2 tapi sayangnya....aku hanya mampu tersenyum dan menggeleng2kan kepala..... sehingga terasa dadaku menyesak...entah kenapa. Tak mungkin aku marah tapi yang nyata aku kesal...

Aku kenal ramai orang hebat... ada orang yang tak perlu solat lagi dah sebab ilmu dah tinggi... ada orang dah boleh solat di Mekah.. ada orang punya ilmu tasawuf yang tinggi tapi bila bercakap, maki hamun memecahkan suasana... ada orang ilmu tinggi tapi tawadhuknya alahaiii... buat diri rasa teruji.
Aku bukanlah orang yang banyak amalnya, buat hanya sekadar mampu dalam usaha menundukkan nafsu.  Bila orang bertanya... kenapa aku jauh berubah dari aku yang dulu... (sesungguhnya aku bukanlah insan suci tapi sentiasa cuba cuci dan cuci).. aku khabarkan amalan yang cukup mudah aku lakukan... ISTIGHFAR.
Aku melazimi istighfar kerana setiap detik aku naikkan dosa aku kepada Allah sama ada secara sedar atau tidak.  Barangkali ketika aku berdengkur di dalam selimut tebal dalam kedinginan air cond dengan perut yang sarat pada dengan makanan, ada saudara atau jiranku barangkali tidurnya dalam keadaan kelaparan atau barangkali kesakitan yang terlupa aku tanyakan khabar mereka.  Rasulullah yang maksum itu melazimi istighfar 70 kali sehari dan ada hadith mengatakan 100 kali sehari... apakah bodoh kita ini tidak mahu memohon ampun kepada Allah??? 
Seakan jadi suatu dosa melakukan istighfar...aku jadi terkesima!  Mahu sampai kepada Allah, bukan bermakna kamu ada satu ZIKIR KHUSUS... itu fahamku...itu didikan yang aku terima.  Kalau Allah mahu memimpin jalanmu....sampailah kamu kepada Dia.  Kalau dengan istighfar itu hatimu suci, membuat amalan wajib dan ditambah lagi amalan sunat seikhlas hatimu... pasti dengan cara itu pintu masuk kepada Allah telah kamu ketuk.  Berapa lama pintunya kamu ketuk...bergantunglah kepada pemilik rumah untuk membukanya.  Kalau dilihat dirimu penuh ikhlas dan mengetuk berterusan tanpa sedikitpun keletihan atau barangkali marah2 lalu tinggalkan pintu itu...ya.. pasti akan dibukakan jua untukmu.
Aku punya prinsip yang sampai hari ini kupegang....tatkala aku bertemu dengan seseorang yang kononnya karamatnya tinggi...mampu terbang di awan bagai burung, mampu menjadikan tanah ketulan emas sekalipun...ANDAI DIA SUKA MEMPERTIKAIKAN AKAN AMALAN ORANG LAIN...sumpah akan aku tinggalkan tanpa sedikitpun aku berpaling dan rasa ralat untuk meninggalkannya.  ITULAH ORANG YANG ANGKUH yang hanya melihat hanya amalannya yang hebat lagi betul.  Diterimakah orang yang angkuh oleh Allah yang memiliki 99 nama yang indah? kita dianugerahkan Allah akal bagi membezakan kita dengan binatang berkaki empat, dua malah tiada berkaki dan banyak kakinya...ayuh..gunakan!
Bila orang bertanya kepadaku... BETUL KE ISTIGHFAR UNTUK SUCIKAN HATI? BUAT SESUATU KERANA ALLAH BUKAN?  Kenapa kamu harus makan.... kamu makan kerana mahu kenyang bukan... bagi menegakkan tulang belakangmu demi menyempurnakan ketaatanmu kepada Allah.  Lalu...makanmu kerana apa?  Bukan kerana Allahkah?
Begitu jua zikirmu... kenapa kamu mahu berzikir?  Kerana mahu cucikan hatimu.... kenapa mahu cucikan hatimu?  Kerana mahu diterima oleh Tuhanmu.  Nah... pada penghujung jawapanmu...tidakkah zikirmu itu kerana Allah?
Kenapa harus kamu beratkan permasalahan yang cukup ringan ini?  Inilah bezanya kalau kamu mahu mengambil ingat.  Kenapa kamu mahu bersilat?  Kerana saya mahu jadi kuat dan hebat.  Penghujungnya saya akan peroleh segala pengetahuan yang ghaib malah saya akan peroleh karamah sebagaimana guru saya yang boleh dia berjalan di atas air... 
Penghujungnya ada Allah?  Tiada... itulah pekerjaan yang dilakukan bukan kerana Allah...
Cubalah gunakan akalmu bila orang memperkatakan sesuatu hal.  Bukan dengan petahnya dia berkata, bijaknya dia berhujah.. segala alam dia tahu, segala maqam dia huraikan...itu petanda dia orangnya sudah sampai!  Semua tersembunyi!  Ini berkaitan dengan RASA.  Kalau kamu tiada biasa merokok...kamu tahu apa rasanya rokok?  Pasti tidak bukan?!  Itulah hebatnya rasa yang hanya yang merasa tahu rasanya.  Aku seronok bercerita dengan orang yang bijak berkata, punya banyak pengalaman tapi aku kagum pada orang yang tawadhuk..rendah hatinya.
Amalan tareqat yang kubawa...tiada boleh aku turunkan pada sesiapa jua kerana aku bukan guru tareqat.  Bukan aku orangnya yang boleh talqinkan zikir, bukan aku orangnya yang boleh mengajar untuk wazifah... apa yang aku amal dan pelajari hanya untuk aku.  Aku hanya boleh berkongsi apa yang aku lakukan tapi bukan semua yang boleh aku kongsikan kerana aku tak mahu amalanku jadi debu2 halus...berterbangan menghilang dan akukelak rugi  di akhirat.  Cukuplah amalanku hanya aku dengan Allah...sebagaimana aku cuba untuk menyorok dosa yang aku lakukan dalam ruang yang paling sempit supaya tiada orang yang tahu, begitulah aku mahu sorokkan segala apa yang aku kerjakan dalam menuju al Khaliq.  Aku tidak melakukan amal untuk dilihat makhluk kerana aku tak perlukan pujian makhluk, aku hanya perlukan perhatian Allah. 
Hidup ini mudah... buatlah jika mahu, tinggalkanlah jika perlu.  Bila hati penuh keraguan, segala prasangka akan timbul.  Pasti timbul di fikiran kita yang bukan2 sedangkan orang berkenaan tiada pernah memiliki sekelumit rasa untuk berbuat dosa.  Buruk sungguh prasangka yang boleh membawa kepada dosa justeru sangat penting untuk memiliki hati yang jernih.  Bagaimana mahu jernihkan hati... bergantunglah pada bijaknya guru kamu membimbing.  JIka gurumu punya zikir khusus untukmu bagi memudahkan kamu sampai dengan cepat....beruntunglah kamu.  Tapi guruku tiada bekalkan aku dengan banyak perkara... guruku hanya mahu aku jernih dan beningkan hati... lakukan segala yang wajib dengan penuh ketaatan dan tambahkan dengan yang sunat semampu badan. Sungguh aku bahagia hari ini jika dibandingkan aku yang dahulu dan aku meyakini pada didikan arwah guruku dan kini aku melangkah seizin Allah dalam rangka mendekati Dia.... 
Sampai tidaknya kita pada tujuan kita....kita yang merasa!
be good.....

43 ulasan:

  1. 1) BETUL KE ISTIGHFAR UNTUK SUCIKAN HATI? BUAT SESUATU KERANA ALLAH BUKAN?
    jwpn sy : istigfar kan salah 1 penyucian jiwa
    jwpn lain : xyah ingt nk suci bagai ler..hari2 mmg berdosa..1st bila kita berzikir..kita kna ingat.. keranA ALLAH..
    jwpn sy : sbb berdosa le kena istigfar..minta ampun n cuci karat2 kt hati...klo karat,mmg susah nk dpt nurullah....kakak den mula2 sekali ajar istigfar...mcmne nurullah nk masuk klo wadah masih kotor..
    jwpn lain : beramal kerana Allah.. bukan dikerana kan apa2.. sbb kita ni manusia..
    jwpn sy : dh suci cikit, bru senang nurullah msk...hehe.den tau, wat apa pon sbb allah...itu kakak den pesan
    jwpn lain : nur tu apa..?
    jwpn sy : cahaya
    jwpn lain : cahaya apa ?
    jwpn sy : cahaya Ilahi
    jwpn lain : sbb tu den ckp.. kerana Allah.. kn senang..biar Allah yg pimpin kita.. pimpin hati, jiwa dan jasad kita..itu yg dnama kan nurullah.. spt yg d sebut dlm alquran..

    BalasPadam
  2. sy x pasti samada sy tersilap cakap atau apa...yg pasti bila sy cakap sy belajar istigfar....ada yg ckp itu hanya maqam syariat dan ikut jln syariat kena hrp pada syafaat Rasulullah utk sampai itu jlnnya. sy kena berharap pd syafaat Nabi Muhammad saw..bila sy ckp istigfar slh 1 penyucian jiwa, ada org ckp kt sy yg istigfar tu penyucian jiwa pada maqam syariat..Pulangkan syariat pada tariq.. Tariq pulang hakikat. hakikat pulang makrifat.. Baru kenal nurullah. .Istigfar tu sebenar utk ingatkan hati yg lalai supaya ingat Allah kat qalbi.Mana boleh istigfar dlm hati. . Istigfar tu kalah zahir....

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah saya kata...itu faham masing2 pada kaedah masing2..

      Bukankah Rasulullah sendiri beristighfar bagi memohon keampunan Allah.

      istighfar cuci titik hitam yang tumbuh di dalam hati. kita iringkan dengan solat taubat... kalau dosa besar, taubatan nasuha. semua itu di ajar!
      Tidaklah kita lakukan semua tu melainkan semua kerana Allah belaka..kita nak balik pada Allah dalam keadaan fitrah.

      Saya tak pandai bab2 ni,ekin. Saya hanya bercakap apa yang saya buat dan apa yang telah saya dapat dari apa yang saya buat n sy share sebab saya mahu orang lain juga, nikmati apa yang perolehi. Sy mulakan dengan istighfar di lidah juga qalbi. Jika itu maqam syariat..syariatlah...tak kisahlah sebab saya yang RASA apa yang sy rasa. orang lain mungkin rasa yang manis, tapi rasa saya mungkin pahit heheheh... memasinglah..

      setelah terpenuh dengan istighfar, selawat, al hawqolah, tahlil dan takbir menyusul. semuanya bukan hanya sekadar di lidah tetapi di d qalbi. demi Allah...jangan amalku jadi debu halus berterbangan tapi ini hanya untuk perkongsian sebab sy nak bagitau hebatnya istighfar yang di amal. saat tangan mengangkat takbir, perkataan Allah terdetik pada hati, kerja siapa tu, ekin?

      sy hanya orang syariat, ekin
      mereka orang hakikat, orang hebat...
      saya tak mengerti apa2...saya hanya buat sekadar mampu saya menuju Allah..

      sebab tu saya kata..saya tak mahu jadi ahli kalam...berdebat ilmu
      saya ni jahil...kurang segala2nya.
      saya tak cakap apa yang saya tak buat,
      saya tak beritahu apa yang saya tak rasa
      semua tu menambahkan dosa.

      saya beritahu awk,tiada niat mengajar melainkan berkongsi. ilmu Allah tu luas, air laut kering digunakan sebagai dakwat pun, ilmu Allah masih tak habis untuk ditulis...
      hidup kita ni lebih indah kalau saling menghormati..
      hormat amal orang lain... jangan pertikai apa orang lain buat..kerana bimbang orang yang kita sangka tak de apa2 ... dia sebenarnya lebih dekat dengan Allah dengan amalnya. pokok pangkal d sini, ikhlas..
      sampaikan ayat2 saya ini pada orang yang berkenaan.

      jwpn lain : xyah ingt nk suci bagai ler..hari2 mmg berdosa..1st bila kita berzikir..kita kna ingat.. keranA ALLAH..(AYAT NI SUNGGUH MENYEDIHKAN,SEMOGA ALLAH AMPUNKAN DOSA SAYA, AWAK DAN MEREKA SEMUA)

      Padam
    2. SEBAB TAHU HARI2 BERDOSALAH...KENA MINTA AMPUN.
      NTAH BAGAIMANA FIKIRNYA TEMANMU,EKIN...
      SAYA SENDIRI BINGUNG. ILMU TINGGI SANGAT.. TAK TERJANGKAU DEK AKAL SAYA YANG DUNGU NI

      Padam
  3. Allahlah yang membimbing kepada kebenaran - 10:35

    Semoga Allah membimbing saya..itu je...
    saya tak kisah pun dok kat maqam syariat..sbb yang penting..sy tak langgar syariat.
    Allah tak kata orang hakikat je boleh masuk syurga...
    ada juga orang hakikat tak pakai tudung sbb berpegang kepada semuanya berbalik kepada ALlah belaka.. :)

    dan saya meyakini al Quran dan sunnah... ikut apa Allah suruh, tinggal apa ALlah larang.. syurgalah tempatnya (dgn rahmat Allah) walaupun hanya orang syariat...
    apalah sangat semua tu... cari ilmu, biar faham kebesaran ALlah, dapat bermakrifat kepada Allah, itu lebih penting... daripada berdebat tak tahwan hala cek oiiii... hehehhehe

    BalasPadam
  4. sy x nak sampaikan ayat2 akak pd org berkenaan....sbb sjk aritu sy x chat apa2 lg dah dgn mereka...sy sendiri x kesah bila mereka kasihani sy kerana belajar istigfar dan sy x ada rase sedih cikit pon cuma hati sedih bila akak ckp "letih" (^_^) sy x suruh akak berdebat, sy cuma mahu refer pd akak ttg apa yg mereka katakan....tp yg pasti, akak x salah apa2 pon....

    BalasPadam
  5. sy malas nak jawab sebab dah cakap berulangkali dengan awak perkara yang sama n sepatutnya awak yang diperkatakan awak tak usah masukkan ke hati lagi.
    saya cakap "letih" untuk bagitau awak yang saya nak tidur, maksudnya saya nak diam. Saya rasa nak hempuk je awak sebab masih lagi nak bincang2 berdebat dengan mereka apa yang nyata2 Rasulullah lakukan! Awak sucikan hati awak, ikhlaskan diri awak, buat apa yang Allah suruh...baru Allah sayang. Bila Allah sayang baru Allah pimpin. Kalau hati kotor, penuh karat..... macammana? awak nak tempatkan (maha suci Allah dari di samakan dengan makhluk) Allah pada tempat yang kotor? begitu?

    BalasPadam
  6. tentang syafaat Rasulullah, itu pun saya tak faham. Saya memang dambakan syafaat Rasulullah...saya ingin minum d telaga kauthar bagi menghilangkan haus selamanya. Saya tak mahu berlama2 di hisab, saya memang sangat perlukan Rasulullah justeru semampu mungkin saya akan cintai Rasulullah dengan mencintai sunnah baginda,,,luaran atau dalaman.

    antara sebab sy malas nak campur dengan orang tinggi ilmu ni sebab ni lah... saya bimbang kalau hati saya akan sakit dengan sebahagian daripada perkataan mereka, dengan demikian terhijablah saya dari Tuhan saya...erghhhh
    Lebih baiklah saya bercampur dengan orang soleh...kalau tak de..baik saya bercampur dengan quran dan hadith...

    BalasPadam
  7. mereka tanye sy bertubi-tubi, sy bg jawapan spt yg akak share dulu….sy ckp pd toki ‘ belajar istigfar pon ok, dr x belajar apa2 kan’…sy ditanye dr mana sy belajar istigfar…sebab orang yg baru belajar semua dah dapat, hanya sy je ketinggalan…sy x rase apa2 pon…sebab masa tu sy ingat akak pnh tnye ‘nak kejar maqam atau redha Allah’…sy hnye senyum je…

    bila sy tgk akak update status, sy terasa seakan akak bercakap ttg sy persolkan amalan akak….sedangkan x terlintas cikit pon sy mahu pertikaikan apa yg akak ajar…sejak itu sy buat keputusan sy x nak tnye akak apa2 lg sebab sy takut..smpai nk msg akak pon sy x nak sbb khuatir sy akan bertanye jg pd akak….( tu jadinye smpai 2minggu x tegur akak,spai mak suh msg akak pon sy x nak )…

    Bila bace ayat akak ‘rase nak hempuk je’..sy tersenyum…sebab sy x berdebat pon dgn mereka…..sy citer ttg istigfar, toki panjang lebar huraiaannye sehingga berkaitan tali daim, daripada maqam zikir zahir, lima titik latifah,amalan zahir dan batin.. bla bla bla……

    Contoh ea kak…. Sy pnh tnye toki ttg ‘apa kaitan kalimah syahadah dgn amal ibadah kita ? sy hnye nk tau dgn lbh lanjut berkaitan nafi isbat…bila ckp ttg istigfar.. toki ckp “Istigfar tu amalan zahir syariat mcm mana nak kait dgn nurullah.. Kalau tkder tali yg menyambung..” ……(istigfar sbg penyucian jiwa, jd..klo jiwa kotor, agak susah la kan nurrullah nk masuk...emm, klo amal istigfar, nurullah nk masuk kt mane? nie yg ditanye )


    Berkaitan syafaat lak…”Kalau tidak disambung dgn lima titik latifah maka, ikut jln syariat kena hrp pada syafaat Rasulullah utk sampai itu jlnnya..” masa nie sy mmg berkata dlm hati ‘mmg selama ni pon berharap Allah kurniakan syafaat Rasulullah….kena minta kt Allah jg, x kira la jalan mana pon’…( tp x dak la sy ckp mcmtu kt dia ^_^ )


    Nota : sy x berniat berdebat dgn mereka dan persoalkan amalan akak...demi Allah..klo nk suruh sy bersumpah pon sy sanggup..sebab itulah sy x ngaku itu salah sy..tp sy ada jg la marah kt akak seketika...hehe...tp lama2 dok pikir sendiri, nk marah akak buat apa...mesti Allah nk tunjuk sesuatu bila gado dgn akak dan ditambah dgn masalah kerja....berkaitan dgn akak, mak tetap kata sy salah jg.....jd, akak memang x bersalah pon dalam hal nie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila masa lak saya gaduh ngan awak...
      saya macam ginilah..tak dak benda nak cakap,sy diamlah. bila sy perasan awak ada tinggal brooch saya mesej tanya. dah habih tanya, saya diamlah. itulah saya...

      betullah toki cakap tu ekin.
      awak berguru le ngan dia. saya nak berguru ngan Allah ;) awak jangan ikut hehehhe
      toki tu ilmunya tinggi... bab2 hakikat ujung jari je... apa salahnya ikut kalau dia dah offer nak jadikan awak murid dia. lahaiii...

      saya jangan awak ikut, saya ada jalan saya yang tak berapa betui ni hehehe... saya sekarang cuma nak perbaiki solat saya, amal saya. Saya cuma nak pastikan solat sy berkualiti untuk dihantar pada ALlah... saya cuma mahu zikir saya tidak terputus, saya cuma mahu Allah Allah Allah itu berterusan berbunyi... dan lain2 yang saya dan ALlah saja yang tahu...

      Saya berjalan tenang2... cukuplah kalau saya tahu,saya sangat bahagia hari ini, ALhamdulillah meskipun kelihatan saya ni kuat syariat.

      Padam
  8. sy masih ada pilihan kan nk ikut jalan mana...

    akak dapat apa yg akak nak.....itu dikira 1 bonus sementara hidup lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. dalam hidup kena ada matlamat...itu je!

      Bab2 hakikat saya memang tak reti...
      yang saya tahu...Allah yang saya tuju..
      saya belajar ilmu yang mendekatkan saya dengan Allah, yang menjadikan sy melihat kebesaran Allah, yang menjadikan saya makrifat kepada Allah...
      itu pesanan guru saya...cari ilmu meski terpaksa merangkak untuk mendapatkannya!

      Padam
    2. sy hnya nk jadi hamba..paling takut klo x diterima...sbb sy pnh buat dosa besar sblm nie...

      susah belajar hakikat bagai nie....sorang demi sorang sy tgk...mcm2 ragam......

      Padam
  9. Saya belajar pada ilmu yang boleh mendekatkan saya dengan Allah...
    sy bersyariat, sy bertareqat..
    sy bertasawuf agar hati saya terpimpin.
    Apalah gunanya bercakap seolah bergegar sekitarnya tapi ternyata amalnya hanya di tilam dan bantal!

    BalasPadam
  10. dgn 1 zikir 'istigfar'....bole mengungkai pelbagai soalan n jawapan....melihatkan ttg kesalahn diri n salah pd org lain.....hebat kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yang diajarkan oleh Rasulullah itu semua hebat belaka... sebab tu sayang sayang Rasulullah...nak syafaat Rasulullah.. :)

      Padam
  11. plg penting....istigfar untuk minta ampun pd Allah...pd masa yg sama, dgn istigfar juga, Allah nk kasi tau sy dh buat salah.....mmg hebat istigfar....

    BalasPadam
    Balasan
    1. nama pun manusia... tak pernah lari dari silap kerana itu menunjukkan kita ni lemah!

      istighfar...diiringi sunat taubat...pastu jangan buat heheheh

      Padam
  12. InsyaAllah...pasni x prasangka lg...pastu nti tlg 'say sorry' kt bf ek...ntah tibe2 pas magrib td terdetik dihati,kena minta maaf kt dia...

    BalasPadam
  13. tiada terkesan pun pada hati yang hanya memandang Allah,ekin...

    Orang yang berdiri di hadirat Allah, tiadalah ia tertawan oleh pesona keindahan dan tidaklah ia dikejutkan kegentaran kerana ia melihat Yang Nyata.
    Hanya ia akan nampak Yang Mutlak...
    hanya melihat yang menentukan dan bukan yang ditentukan...

    BERLEPAS DIRILAH SAYA DAN DIA MELIHAT SESUATU SELAIN ALLAH

    BalasPadam
  14. betul apa akak ckp....

    tp, salah tetap salah...dosa tetap dosa...dh buat salah dgn makhluk,kena la minta maaf....

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak de ngumpat pun...sekadar berkata dalam hati je...

      tidak ada guna jadi pasangan kekasih kalau tidak saling menasihati...
      sungguh beruntung punya sahabat yang sering menegur pada khilaf kita...
      lebih beruntung dia membimbing kita tanpa syarat!

      Padam
  15. berkata dlm hati pon....kira prasangka kan...dosa jg..

    " tidak ada guna jadi pasangan kekasih kalau tidak saling menasihati..." (sy suka ayat ni ).

    membimbing tanpa syarat....yea, sy dh faham

    BalasPadam
  16. sebab tu Allah melarang prasangka dalam pesananNya... sebahagian dari prasangka itu adalah dosa.
    prasangka mengotorkan hati...
    bila masa hati nak jadi lunak!
    sebab itu perlunya baik sangka meski saat kita di cerca...sandarkan semuanya kepada Allah...
    kalau tak, rosak hati kita, tak ke mana melangkahnya kita!

    InsyaAllah...
    kami saling mengerti
    untuk apa kami ditemukan
    kenapa kami dipisahkan
    perlu apa kami dijarakkan....

    Allah punya rencanaNya sendiri
    yang tak siapa mengerti
    tapi yang pasti
    segala rencanaNya penuh dengan kasih...
    saya merasakan...
    indahnya hidup bertuhan
    damainya punya teman
    yang menjadi pengubat pada kelekaan

    BalasPadam
  17. indahnya damainya hubungan yg diredhai Allah...itulah idaman setiap insan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga pertemuan dan perpisahan kami
      tiada lain hanyalah kerana Allah
      meski hanya di pesanan cuma
      tiada pernah pada suara
      cuma sekadar sekali sahaja
      itu pada saat aku menjanda hehehe
      tiada lagi suara
      tika saya tinggal berdua.

      cukuplah pesanan dititip
      pada saat saya perlukan dia
      bukan melampiaskan nafsu segala
      hanyalah sekadar pencerahan jua.

      Padam
  18. kata2 akak menjelaskan segalanya...Allahu akhbar,.....lg la menunjukkan yg saya telah.....istighfar3x

    BalasPadam
  19. Allah humma solli'ala sayidina Muhammad
    Wa'ala a lihi wasohbihi wa barik wasallim

    BalasPadam
  20. Maafkan saya jika saya mencoret di blog sahabat ini dengan cara bersantai dan agak panjang lebar. Suatu pembacaan yang perlu diperhalusi secara perlahan-lahan lantaran yang tersirat agak perlu dinilai dalam bahasa yang berbeda. Dah nama blog ini pun santai. Maka bersantailah kita. Kita letakan sesuatu pada tempatnya. Baru adil dan boleh dinilai bersesuaian akal mengikut peringkat pemahaman.

    Jadi, izinkan saya bersantai di sini sambil kita berhibur seronok memuja Allah Zat yang Maha Tinggi. Andai nama blog ini “bergarang” maka bergarangan lah kita. Ujud kah perkataan bergarang atau bergarangan?

    Mungkin perkataan “bergarang” tidak ujud. Tapi tidak mustahil perkataan tersebut boleh diadakan seandainya pihak Dewan Bahasa dan Pustaka mengazetkannya sebagai perkataan sahih. Mudah sahaja jika mempunyai autoriti. Sama seperti autoroti cikgu disiplin yang asyik mencubit je kerjanya. Teruskan usaha mencubit itu dengan tabah. Hehe..

    Namun jika mahu mengadakan sesuatu hukum yang tidak ada di dalam ugama (saya ulang.. “di dalam ugama” bukan tentang mengadakan motor, kereta, cetak AlQuran, dsbgnya) tanpa berlandaskan AlQuran dan Hadis..memang sangat mustahil, melainkan dengan rela mahu merasakan azab siksaan neraka Allah. Begitu juga jika sengaja mahu menafikan sesuatu yang memang ujud dan disaran di dalam ugama. Emm.. kalau degil juga…memang nak cari pasal la tu. Memang nak kena rotan agaknya. Yang paling di takuti, ada tempat untuk orang degil ni esok lusa di sana nanti. Moga di jauhkan Allah tempat itu dari kita dan moga kita tidak degil. 

    BalasPadam
    Balasan
    1. sambung ekk..

      Saya mulakan santai ini dengan Bismillah…

      Apabila meneliti satu persoalan dari pesanan ringkas yang dihantar oleh seorang sahabat, saya diam sebentar sambil tersenyum. Emm.. soalannya ringkas sahaja. Meskipun soalannya agak ringkas, namun saya pulangkan kembali soalan tersebut kepada Allah; Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

      Maka oleh itu; Allah lah yang selayaknya menjawab soalan tersebut, manakala diri ini selaku makhlukNya yang serba kekurangan ilmu serta paling tidak memahami ini hanya belajar dan akan sentiasa belajar sambil menaburkan kembali ilmu tersebut menjadi pengetahuan kepada yang sudi mendengarnya.

      Yang mengajarnya, Dia. Yang diajarNya, saya. Bukannya orang lain pun kerana saya tidak layak untuk mengajar hamba Tuhan yang lain selain diri ini sendiri. Hatta terlalu sibuk melihat kelemahan dan kekurangan serta dosa sendiri sehingga tidak berani mengangkat kepala melihat disana sini akan kekurangan atau dosa orang lain. Saya berguru disana tetapi tidak menjadi guru disini. Saya murad disana tetapi tidak menerima murid disini. Apakah saya hanya menjaga diri sendiri dan keluarga sahaja tanpa mengambil berat hal orang lain?

      Kelihatan seperti benar dakwaan tersebut..,sehingga ada rakan mengganggap saya seorang yang anti sosial. Balik dari pejabat atau musolla atau riadah bersama keluarga, saya akan terus melekat di rumah…tiada berani untuk keluar rumah. Kenapa agaknya?

      Padam
    2. Yang sebenarnya, bukanlah saya ini anti sosial atau tidak mahu menjaga perihal orang lain atau takut melihat kejahatan atau takut kejahatan orang disekitar Kuala Lumpur ini menghinggapi diri saya. Yang sebenar-benarnya, saya takut kejahatan yang ada pada diri saya ini terkena pula kepada orang lain.

      Malahan, saya akan lari dari bertemu perempuan. Bukan takut kepada perempuan atau bimbang tergoda pada perempuan. Saya cuma takut jika saya pula yang menggoda perempuan tersebut samada perempuan itu sedar ataupun tidak. Mata saya ni agak nakal. Itu saja. Saya kan pencinta wanita. Lelaki tetap lelaki kan.. Astaghfirullah…

      Situasi ini juga dialami Nabi Yusuf ketika nafsunya sudah mulai goyah oleh rayuan dan kecantikan wajah Siti Zulaiha, beliau mengakui ketidak mampuannya menerima godaan nafsunya " dan situasi yang sangat mencekam batinnya itu ditulis dalam QS. Yusuf: 24 " sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu) dengan Yusuf, dan Yusuf pun bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu, andaikata dia tidak melihat burhan dari Tuhan nya, demikian agar Kami memalingkan dari padanya kemungkaran dan kekejian, sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba kami yang ikhlas (berserah diri)"

      Berbalik kepada soalan sahabat tersebut…, soalan tersebut memang ringkas…. tetapi berat untuk dijelaskan. Memang tragis dan dahsyat. Ngeri sungguh sahabat tersebut  !

      Kenapa saya katakan ianya berat. Tak lain tak bukan, kerana ianya berkisar kepada persoalan roh atau hati. Ilmu berkaitan roh. Suka betul sahabat saya tersebut bermuzakarah berkenaan rohaniah. Adoii..memang saya tak pandai dan tak reti bab ini..tapi kita share sama-sama, tegur sama-sama, bincang sama-sama dan tulis sama-sama. Arah kita sama, bahasa mungkin berbeza..amalan mungkin berlainan. Allah kan Maha Kaya lagi Maha Bijaksana.

      Padam
    3. Nak tulis berkaitan ilmu rohaniah ini pula tidaklah semudah menulis dan mengarang ilmu-ilmu lain seperti ilmu fekah, ilmu sejarah, ilmu tauhid atau ilmu persilatan. Lagi lah mudah jika mengarang sesuatu yang tiada kaitan dengan keilmuan seperti yang pernah saya lakukan pada 1990 dahulu apabila terciptanya sebuah lagu buat isteri saya sehingga dirakam dan disiarkan dicorong radio sehingga kini.

      Tapi bab rohaniah ni memang agak berat. Kena pula bilamana Islam membahagikan ilmunya kepada 3 sempadan sebagaimana yang pernah saya nyatakan dahulu iaitu;

      Yang Pertama - Ilmu Zahir : ilmu usuludin, feqah, bahasa, adab dan seumpamanya. Ilmu ini harus di zahirkan dan di ajarkan kepada orang banyak. Maka ilmu ini tidak boleh dilindung atau disembunyikan dari pengetahuan orang ramai. Wajib diamalkan, dilaksanakan walaupun seseorang itu telah bertaraf ulama fuqaha atau ulama tasauf atau wali hatta Nabi sekali pun. (Tiada sesiapa pun terlepas…melainkan orang yang hilang akalnya samada mabuk, gila, koma atau mati.)

      Yang KeDua - Ilmu Batin : ilmu tarekat, ilmu suluk, ilmu hakikat dan seumpamanya. Iaitu ilmu yang tidak harus dizahirkan kepada orang banyak melainkan kepada ahlinya sahaja. Seandainya diajarkan juga kepada orang banyak yang bukan ahlinya maka berlakulah kebinasaan dan haram hukumnya. Seumpama orang yang mengambil kitab “Dun-Nafil” dan dibaca dihadapan orang banyak. Maka terjadilah 2 kali haram iaitu haram kerana membacakan kitab itu pada kebanyakan orang yang bukan ahlinya dan haram sekiranya tersilap menerangkan makna kitab tersebut yang boleh menimbulkan kekeliruan serta masalah fahaman pada orang ramai. (Contohnya sebagaimana tiada rahsia lagi diantara seorang lelaki dan seorang perempuan yang sudah diijab kabulkan, sedangkan sebelum keduanya diijab kabulkan nescaya tidak boleh dibukakan segala rahsia atau aurat diantara mereka.) Adabnya..murid mencari guru (mursyid)..bukannya guru mencari murid. Kena faham sangat perkara ini.

      Yang KeTiga - Ilmu Tajali : ilmu rahsia Tuhan dan makhluk. Iaitu ilmu yang haram diberitahu atau diterangkan pada sesiapa jua pun walaupun sesama ahlinya kerana ia melibatkan rahsia kepada Allah SWT. Ilmu ini tidak dapat di dalami oleh orang lain atau dikaji akan amalannya kerana adalah rahsia semata-mata kepada Allah. Sekiranya dihebahkan atau diajarkan ilmu ini kepada orang lain maka dikhuatiri ia akan menimbulkan fitnah yang hebat. (Contohnya sebagaimana yang terjadi kepada Al-Halaj, Syeikh Siti Jenar dan lain-lain.) Kalau ada yang ingin menghebahkan atau mengajarkan ilmu ini, maka ketahuilah bahawa betapa ceteknya pengetahuan keilmuannya yang sebenarnya dan jangan terpedaya.

      Padam
    4. Tasauf adalah ilmu, manakala tarekat pula adalah jalan bagaimana cara mahu mengamalkan ilmu tersebut tak kira di dalam kelompok tarekat, hakikat mahupun syariat. Golongan ini sebenarnya sukar untuk menyebarkan keilmuan tersebut kepada orang ramai tak seperti mana ulama fuqaha yang bebas membicarakan perihal urusan ibadah, muamalat, munakahat, jinayat dan sebagainya di masjid masjid atau kuliah kuliah dimerata tempat.

      Jika ada golongan yang dengan mudah menyebarkan keilmuan atau ijazah atau menyampaikan khafiat zikir khusus yang berkaitan rohaniah hanya melalui blog, facebook, twiter atau apa jalan melalui internet sekalipun…sila berhati-hati dan berwaspada. Tidak ada adab bagi menyebarkan keilmuan ini melalui internet. Hatta golongan Naqsyabandi Haqqani di Amerika dan golongan Hakikat di Mesir telah menghentikan cara sedemikian rupa dengan serta merta.

      Dan mengapa sebenarnya sukar bagi golongan tarekat atau hakikat untuk menyebarkan keilmuan tersebut sehingga dituduh menyembunyikan ilmu. Bagi mereka yang tidak mengerti akan perkara agama, berbagai tuduhan serta fitnah dilemparkan kerana bagi mereka tiada sesuatupun berkaitan hal agama yang patut disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai.

      Banyak keterangan dari Al-Quran, kitab-kitab karangan Ulama’ dan hadis menerangkan tentang bab rahsia ini dimana ilmu tersebut berhubung dengan tajalli.;

      Berkata Saidina Ali “Wahai Tuhan ku,…beberapa yang indah-indah daripada ilmuku,…jikalau ku nyatakan kepada orang ramai,…nescaya dikatakan orang,…aku kafir yang menyembah berhala dan dihalalkan orang akan darah ku ini ”.

      Berkata Abu Hurairah “ Aku hafal 2 karung hadis dari Rasullullah,…yang satu karung telah aku nyatakan kepada orang ramai,…sedang yang satu karung lagi jika aku nyatakan nescaya akan dipotong orang akan leher ku ini”.

      Sebagaimana Nabi Musa berbicara dengan Alllah Ta’ala di Bukit Tursina. (*Bertutur dan mendengar bukan sebagaimana pertuturan manusia biasa tetapi di dalam situasi yang berlainan – iaitu melalui rohaniah) Dimana Nabi Musa ingin melihat wajah sebenar Allah. Namun tidak diizin kan oleh Allah kerana tidak akan termampu oleh Nabi Musa untuk menerimanya. Walaupun begitu Allah Ta’ala telah mentajallikan (*tajalli bermakna Allah menzahirkan sifat kesempurnaanNya – sifat KaharNya) diriNya kepada sebuah bukit yang berhampiran dan memerintah akan Nabi Musa untuk melihat kesan dari tajalliNya ke atas bukit tersebut. Nabi Musa telah pengsan apabila melihatkan bukit yang hancur dan terbakar. Orang yang mengikut Nabi Musa telah hancur menjadi abu. Di dalam pengsan, Nabi Musa dapat merasa dan mengetahui secara rohaniah (bukannya jasad) berbicara dengan Allah Ta’ala dan meminta dikembalikan orang-orang yang telah menjadi debu tersebut. Berbicaranya Nabi Musa bukanlah melalui mulut, mendengar pula bukanlah dengan telinga. Ini lah rahsia Nabi Musa dan haram baginya menceritakan akan ilmu rahsia secara mana yang dikatakan “Berbicara bukan melalui mulut, mendengar bukan dengan telinga” itu tadi.

      Dalil Al-Quran; Firman Allah Ta’ala, MafhumNya “Segala yang Kami perumpamakan (didalam Al-Quran) tidaklah difahami oleh semua orang melainkan orang yang alim (yang ditentukan oleh Allah Ta’ala)”. MaknaNya, semua orang boleh membaca Al-Quran tetapi bukan semua yang memahaminya melainkan yang telah dipilih oleh oleh Allah Ta’ala. Memahami lain. Menterjemah lain. Mengalih bahasa lain. Fahamilah sahabat sekelian.

      Padam
    5. Saya teruskan..

      Adapun bab ilmu rohaniah ni bukan sahaja memerlukan ilmu pengetahuan yang luas bahkan memerlukan ilmu rasa atau ilmu zauk yakni hasil dari pengalaman yang diperolehi setelah mengamalkan syariat, tarekat dan hakikat sehingga mencapai makrifat melalui mujahadah yang bersungguh-sungguh secara berterusan dan istiqamah.

      Amalan syariat, tarekat dan hakikat ini mesti dilakukan sekaligus dan serentak. Tidak boleh bercerai berai…atau buat sekerat sekerat…dan tiada satu hukum pun diantara ketiga-tiga cabang ilmu ini yang gugur melainkan khilaf atau jika dalam keadaan mabuk kepada Allah (zauk, syatah, ‘id..atau apa jua istilah yang sewaktu dengannya).

      Kena buat serentak. Saya ulangi…kena serentak amalan nya. Kalau solat wajib kena 5 waktu sehari semalam..maka wajiblah 5 waktu sehari semalam. Bukan 6 waktu wajib atau 4 waktu wajib. Dan bila bersolat pun wajib bersama syarat syariatnya, syarat tarekatnya dan syarat hakikatnya..baru ujud makrifatnya dengan izin Allah. Kalau Allah tak izin kan…apa pun tak boleh jadi. Jika Allah izinkan..apa pun boleh. Contoh, jika hendak bersolat..wajib dilakukan serentak solat syariat, tarekat dan hakikatnya…baru beroleh makrifatnya. Nak tahu lebih lanjut, silalah dapatkan guru yang mursyid. Jangan bertanyakan kepada saya yang tak reti apa pun ini ya.

      Kalau amalan sunat pula…haaa..bab amalan sunat inilah yang Allah paling suka dan suka untuk meningkatkan darjat hambaNya. Ceritalah bagaimana lenggok bahasanya…yang mustahak jika hidup tanpa syariat maka confirm kafir..dan jika hidup tanpa tasauf maka zindik pula. Kena amal syariat dan tasauf serentak. Bahagian syariat banyak. Bahagian tasauf pun banyak. Kena belajar berhadap guru. Ohh…!

      Padam
    6. Adapun saya, masih terlalu lemah, tak reti dan malas bermujahadah. Sedangkan untuk mendapatkan ilmu batiniah atau pengalaman rohaniah ini perlukan proses mujahadah yang sangat serious. Bukan sekadar diandai-andaikan, tetapi dialami.

      Namun, dalam kelemahan-kelemahan ini telah Allah jadualkan untuk saya berani memperkatakan serba sedikit berkaitan ilmu yang sangat sulit ini walhal, saya bukan ahlinya, bukan pakarnya..maka untuk itu dengan rendah hati saya memohon keampunan dari Allah SWT dan kemaafan kepada yang membaca tulisan ini seandainya terdapat kekhilafan yang sebetulnya merupakan hikmah kepada hamba-hamba Tuhan seperti kita.

      Selayaknyalah, istighfar merupakan ADAB hamba kepada Tuhan nya pada setiap waktu. Itulah yang diajar oleh Baginda Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w untuk ditaati oleh umatnya. Baginda mengajar kita supaya menjadi makhluk beradab. Paling penting, beradab dengan Tuhan. Beradab dengan PesuruhNya. Buat salah atau tak buat salah..adalah adab hamba kepada Tuhan untuk istighfar..tak kira dia orang biasa, orang feqah, orang tarekat atau orang hakikat. Jika ada yang menolak ibadah ini maka orang tersebut tidak beradab dan tidak tergolong dari mana mana golongan di atas melainkan mereka hanya berangan-angan sahaja.

      Padam
    7. Macam yang saya katakana tadi, tak peduli samada dia seorang ulama fuqaha yang tinggi ilmunya, seorang sultanul tarekat mahupun hakikat yang hebat sehingga boleh berzikir di udara atau melepasi lautan dengan hanya berjalan kaki, namun jika menolak adab untuk beristighfar kepada Allah maka ketahuilah bahawa betapa hinanya manusia tersebut yang sombong, bodoh lagi biadap serta tidak selayaknya dianggap sebagai seorang muslim apatah lagi untuk diangkat sebagai guru mahupun mursyid.

      Keras amaran Allah dan Rasul tentang adab istighfar ini jika ditolak. Malahan ianya digenggam kemas oleh kesemua ahli Allah. Jangan dakwa diri hampir atau telah mencapai makrifat jika adab pertama (istighfar) ini diketepikan begitu sahaja. Fahamilah, jika tiada beradab kepada Tuhan, maka sesungguhnya lah saya rasa tuan puan sekelian lebih maklum apakah bahasa yang lebih tepat untuk makhluk berbangsa hamba yang sedemikian rupa.

      Ingin saya mencoretkan sebuah cerita untuk kita renungi. Nama tempat mahupun nama insan yang tercatat saya kias kan agar tidak menimbulkan sebarang dosa yang tiba tanpa disedari. Allahualam..

      Al-kisah, kejadian ini berlaku di negeri Perak Darul Ridhwan. Seorang kenalan saya yang pada suatu ketika dahulu raja kepada segala kemaksiatan. Sebut sahaja jenis maksiat yang terdapat di muka bumi ini, hampir kesemuanya pernah di lakukannya. Beliau mempelajari pelbagai ilmu keduniaan. Baik ilmu mencari rezeki ataupun ilmu mempertahankan diri. Maka boleh dikatakan beliau adalah seorang yang kuat minda, kuat tubuh, panjang akal dan tinggi ilmu persilatannya. Sayang, ia merupakan tadrij apabila segala pemberian Allah kepadanya telah digunakan kearah kemurkaanNya.

      Namun ditakdirkan Allah, maka di satu hening subuh kenalan saya ini telah bertaubat. Taubat yang sebenarnya taubat, menurut beliau. Bagaimana beliau bertaubat, saya tak berani nak bertanyakan hal tersebut kerana Allah berkuasa segalanya. Saya pun tak tahu bagaimana pengakhiran hidup saya, bagaimana pula berani nak bertanyakan perihal orang lain. Maha Suci Allah yang mencampakkan hidayah dan taufiq kepada hambaNya. Itu adab pertama yang saya pegang. Tak de nak takwil-takwil atau banyak soal kepada apa yang ditentukan Allah.

      Apa pun, kenalan ini berubah laku 180o telah menjadi sebaik-baik hamba Tuhan. Malahan saya akui, saya sendiri jauh lebih teruk dari beliau. Malu saya pada Tuhan. Di dalam perubahan tersebut, beliau sangat mengharapkan Tuhan. Sangat merindui Zat Wajibal Ujud yang Maha Haq. Beliau tercari-cari. Tercari-cari jalan menuju Tuhan. Jalan menuju keredhaanNya. Jalan yang mendamaikan. Jalan yang jauh dari hiruk pikuk kegelojohan manusia. Jalan yang menghindarkannya dari segala suara-suara caci nista. Jalan kedamaian.

      Padam
  21. Tapi apakah jalan yang harus di tempuhinya? Siapakah yang akan membimbingnya? Cukupkah sekadar melalui pembacaan atau perbualan bersama rakan rakan? Terus terang saya katakan, beliau amat tertarik dengan cerita-cerita karomah para wali, kehebatan para sufi, keanihan pada murid dan murad. Dan yang paling penting..beliau ingin mengenal Tuhan.

    Diketika itulah bermulanya kisah perjalanannya. Beliau tercari- cari Yang Maha Haq. Mahu mengetahui makna 2 jalan jalan yang selalu ditempuhi orang dalam mencari Yang Maha Haq dengan masing-masing dalilnya.

    Man `arafa nafsahu faqad `arafa rabbahu - Barang siapa mengenal dirinya maka pasti dia akan kenal Tuhannya ataupun Man `arafa rabbahu faqad `arafa nafsahu - Barang siapa yang kenal Tuhannya pasti dia akan kenal dirinya. Yang mana satu antara dua ini ???

    Sebetulnya, kedua-duanya betul. Tak salah pun. Terpulang pada Allah yang mana satu mahu di anugerahkan kepada hambaNya. Allah kan Maha Kaya.

    Adapun makna “Barang siapa mengenal dirinya maka pasti dia akan kenal Tuhannya” membawa maksud bagi mereka yang berfikir ketika melihat alam, muncul dalam kotak pemikiran bahawa pasti ada yang membuat alam ini, pokok, gunung, bulan, matahari dan sebagainya.

    Pasti ada yang berkuasa disebalik alam ini, mustahil alam ini ada begitu saja. Alam dan isinya merupakan af’al penciptaan Nya. Dengan falsafah inilah orang akhirnya menemukan kesimpulan bahawa Tuhan itu ujud.

    Ada ahli sufi yang menggunakan pendekatan ini dalam mencari Tuhan, dari segi wilayah-wilayah alam pada dirinya, misalnya mengenali hatinya dan suasananya, fikiran, perasaannya, dan lain-lain sehingga dia boleh membezakan dari mana ilham itu muncul, apakah dari fikirannya, dari perasaannya, atau dari luar dirinya.

    Akan tetapi penggunaan cara seperti ini sering kali membuat orang mudah tersesat. Manusia sering terjebak pada 'keghaiban' yang dia lihat dalam perjalanannya, yang kadang-kadang membuat hatinya tertarik dan berhenti sampai disini bila memperolehi ilmu laduni.

    Jika tidak mempunyai tujuan yang kuat kepada Allah pastilah orang itu menghentikan perjalanannya setelah boleh melihat keajaiban alam-alam atau mampu melihat dengan kasyaf apa yang tersembunyi pada alam atau boleh mengubati orang sakit dan sebagainya yang akhirnya mudah muncul 'keakuannya' bahawa dirinyalah yang paling hebat.
    Tetapi jika dia kuat bahawa Allah adalah tujuannya, keredhaan Allah jua yang dituntut, pastilah dia selamat sampai pada tujuan asalnya.

    BalasPadam
  22. Adapun makna “Barang siapa yang kenal Tuhannya pasti dia akan kenal dirinya” membawa maksud memulakannya dengan pengenalan kepada Allah terlebih dahulu melalui zikrullah.

    Kemudian di perintah langsung mendekati-Nya, kerana Allah sudah sangat dekat. Tidak perlu melihat melalui penciptaan alam-alam yang amat luas dan membingungkan. Alam itu sangat banyak dan bertingkat-tingkat. Tidak perlu memikirkannya, cukupkan jiwa mendekat secara langsung kepada Allah kerana orang yang telah berjumpa alam-alam belum tentu ia tunduk kepada Allah, kerana alam disana tidak ada bezanya dengan alam di dunia ini kerana semua adalah ciptaan-Nya. Secara automatik akan diperlihatkan kepadanya kerajaan Tuhan yang amat luas.

    Barang siapa kenal Tuhannya maka dia akan kenal dirinya. Sebab kalau kenal dengan pencipta dirinya, maka akan kenal dengan keadaan diri serta alam-alam dibawahnya, kerana semua berada dalam genggaman-Nya kerana Allah meliputi segala sesuatu. Dia ada dimana saja kita berada dan Dia sangat dekat.

    Sebab itulah ihsan itu bermaksud “hendaklah beribadat seolah-seolah melihat Allah, jika kamu tak lihat Allah, maka yakinlah bahawa Allah melihat kamu”

    BalasPadam
  23. Disini saya ingin memberitahu kepada ahli tarekat atau ahli hakikat bahawa bila sudah ambil wirid tarekat, jangan sangka, dengan wirid-wirid saja boleh berjaya dan wusul. Jika tidak jaga anggota zahir seperti tangan, mata, kaki, mulut, hati dan lain-lain dari maksiat, dari melakukan perkara-perkara haram, bukan sahaja lambat sampai TAPI tak sampai langsung, tertegah dari sampai.

    Wiridlah banyak mana, zikirlah banyak mana jika yang haram masih lagi buat, jangan harap nak sampai makrifatullah. Begitu juga buat perkara yang makruh. Ini akan melambatkan perjalanan kerohanian walaupun tidak ditegah. Buat yang harus yang sia-sia pun, boleh melambatkan wusul. Seperti duduk melepak bersembang dengan rakan-rakan di kedai kopi. Itu harus. Tapi sia-sia. Boleh terlanjur membuat perkara haram pula nanti seperti mengumpat dan melekehkan orang lain. Jangan sangka tiada ahli tarekat atau ahli hakikat yang terlanjur mengumpat atau memperlekehkan orang..ada..manusiakan sifatnya lemah dan sentiasa terlanjur samada sedar atau tak sedar. Kalau tidak mahu bertaubat atau istighfar…entah kemana hala tujunya nanti. Mungkin ke laut.

    Oleh itu zahir kena selalu dicucikan dari yang haram. Inilah digelar takhalli zahir. Jadi tidak nanti akan timbul kata-kata mengatakan ahli tareqat atau ahli hakikat ini tidak mengikut syariat, tak ikut Al-Quran dan As-Sunnah. Jika aliran tarekat atau hakikat yang muktabar, mursyid akan sentiasa berpesan kepada murid dan murad akan perkara ini. Kadang kala ada murid yang berlagak melampaui gurunya. Emm..manusiakan selalu buat silap.

    Oleh itu wajib yang teramat sangat membetulkan syariat sebagai jalan persediaan untuk dihiasi oleh kerohanian. Jika seseorang yang lari dari syariat atau memperlecehkannya atau memandang dingin padanya maka yakinlah bahawa orang itu bukan dari kalangan mereka yang menggelarkan diri mereka ahli tasauf atau ahli tarekat atau ahli hakikat atau ahli Allah .

    Orang itu hanyalah semata-mata mendakwa dan berangan-angan kosong sahaja dan mungkin telah tertipu dan mungkin sesat. Ini adalah kerana sebenarnya mereka lari atau memperlecehkan atau memandang dingin kepada Warid Ilahiyah.

    Benarlah kata-kata ahli sufi “Hakikat tidak akan muncul jika syariat dan tarekat belum betul lagi kedudukannya. Huruf-huruf tidak akan tertulis dengan betul jika pena tidak betul keadaannya”

    Jelaslah di sini martabat atau nilai kehidupan setiap manusia bergantung kepada makrifat. Cara atau jalan untuk memperolehi makrifat ini adalah semata-mata dengan mengikuti jalan-jalan pewaris Nabi dari kalangan Aulia Allah, Solihin yang beramal dengan cara dan kaedah. Adunan ilmu mereka adalah adunan syariat dan pati tauhid. Barangsiapa yang tidak mempunyai makrifat, maka hilang nilainya sebagai Khalifah Allah.

    Allah telah memberitahu kepada Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w, MafhumNya.. “Katakan, maka tinggalkan lah oleh mu akan mereka yang bermain-main”.

    Sedang kepada Tuhan pun manusia yang jahil itu berani mempersendakan.., apatah lagi kepada manusia sebagaimana kita. Fahamilah bahawa seluruh aspek mukasyafah itu sesungguhnya merupakan penafsiran dari Al-Qur’an dan Sunnah itu sendiri. Setiap mukasyafah harus ditimbang dengan Qur’an dan Sunnah. Kerana itu dalam dunia Sufi, sangat dibezakan mana yang bisikan Jin, Syaitan, Malaikat, Ilham, dan yang langsung dari Allah.

    Bagaimana boleh memahami erti tenggelam di lautan, sementara belum pernah tenggelam, dan hanya mendengarkan kisah tentang orang tenggelam saja?

    Berwaspadalah kita. Allahualam……!

    (maaf ya…agak panjang coretan ini. Sekali sekala menjenguk blog sahabat, dijadualkan Allah pula saya teringin menulis sepanjang ini..jangan meradang ye ! Cerita tentang sahabat dari Perak itu kita tangguhkan lantaran amat panjang untuk ditulis bagi dijadikan panduan. Beliau sekarang sedang mengajar murid dan muradnya di Jabal Nur.)

    BalasPadam