Sabtu, 6 April 2013

Berbeza Rasa

Kapan kita akan bersatu
di bawah satu rasa?

Kenapa tidak kau rasa manis
pada apa yang kukira bergula
Kenapa ada rasa pahit pada inderamu
pada sesuatu yang padanya gula kusira

Kita punya mata yang sama
anugerah Allah yang Esa
tapi sering kita guna 
pada suatu perkara yang tidak serupa

Kita punya dua telinga
titipan Dia untuk diguna
tapi telinga kita
terarah pada corong berbeza


Saat aku memandang langit
aku tersenyum
kerana aku pernah mendengar
Rasulullah lagi senyum kepada malaikat
Saat aku memandang bumi
hati aku menjadi sayu
lantaran terfikir
bagaimanakah kita 
saat  terbenam di perut bumi

Aku tidak resah
apatah lagi gundah
aku tidak sedih
tidak jua aku lara
aku bukan derita
bahagia juga tidak terasa
Cuma aku sedikit aneh
melihat tingkahnya manusia.....




9 ulasan:

  1. berbeza rasa? sebab individu itu berbeza sifatnya.....hehe

    terkenang saat ku berlajar....setiap malam akan ku lihat ke langit sambil tersenyum n memuji betapa indahnya ciptaan Allah, damai hatiku.....tetapi seringkali aku di sergah oleh temanku 'jgn terlalu memandang langit yg damai sehingga x nak melihat bumi,silap langkah terjatuh,sakitnya berpanjangan..'...aku hanya mampu tersenyum dan katakan kpdnya bhwa 'di langit itu tiada kekacauan sdgkan dibumi byk pergolakan,tipu daya' (^_^).....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Cik..adapun di langit lagi banyak keributan jiwa berbanding didunia.

      Padam
  2. tapi memiliki Tuhan yang sama.......

    orang yang selalu mendongak ke atas hingga lupa tunduk ke bumi memang bahaya.... sangat bahaya!

    BalasPadam
  3. pnh dgr "ramai manusia mencari apa yang belum pasti, sedangkan dia menuju apa yang pasti.".......memiliki Tuhan yang sama tp tujuan belum tentu sama...

    :) sy suka tgk langit.....cantik dan sentiasa cantik di mata nie.....

    BalasPadam
  4. tu la pasal...

    ayah nama Ramlan tapi dua anak punya kehendak yang berbeza hahahahaha....

    saya tengok langit bila nampak macam gelap je nak hujan hehehehe....
    tak pun dok cari matahari... mana matahari tak kuar lagi ni hehehe
    tak pun bila malam gelap pekat...dok cari mana bulan bintang menghilang ni hehehe

    BalasPadam
  5. hehe...sebab anak-anak tu seorang lelaki dan seorang perempuan....mmg le kehendak berbeza ;) ( sy pnh ditanya, bagaimana anak-anak buah ekin, dia mcm kakak ekin ka?.....dgn senyuman sy jwb 'insyaAllah akan ikut maknya'.....kehendak nafsu mmg la...x tau nk gambarkan bgmana....sbb diri pon terjatuh kedlm perangkapnya....

    terbaikk la sis....bole jd ahli kaji cuaca dah (^_^)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kehendak nafsu..? emmm...mcmana tu?

      Padam
    2. kehendak
      keinginan
      nafsu
      ........ ????

      Padam